Posts

Jumaat Penutup Minggu yang Busy

Assalamualaikum,  Aku ZaZZy yg acah-acah sassy; emak kepada MN & AT. Salam kenal! Share gambar AT je, MN kena sorok sikit sebab dah anak dara. Sebab utama aku kembali ke sini kerana aku takut nak menulis di Threads atau Twitter atau di Facebook sebab everyone akan rasa entitled utk komen pada tulisan-tulisan aku.  Kemudian, jadi kemestian pula kena reply untuk engagement. Argh, susah tau nak susun ayat baik-baik nak reply komen-komen orang. Tegang urat leher. Jadi di sinilah kita ya, tak rasa kena commit sangat nak reply dan entertain netizen, kah kah. Will come back later. See ya in a day or two.  Btw,  malam Jumaat ni baru nak tarik nafas lega. Kids dah setel schools + tuitions for the week. Alhamdulillah weekend ni MN belum start training memanah dan coach swimming AT cancel kelas; aku dah sangat-sangat energy-less.  Akhir kata, jumpa lagi! Tak tahulah nak meraikan penutup minggu ni dengan tidur atau pergi buat benda-benda lagha. Haaa.
Recent posts